Andai Tiada Dia Full Episode Dfm2u

Andai Tiada Dia

Nantikan drama adaptasi novel ‘Andai Tiada Dia’ karya Rissa Ahdiya memaparkan kehidupan pasangan suami isteri yang sedang bergelut dengan dilema dan cabaran dalam usaha untuk mendapatkan anak. Drama terbitan Global Station ini diarahkan oleh Riza Baharudin. Dibintangi oleh Ummi Nazeera, Hisyam Hamid, Mimi Lana dan Zahiril Adzim. Andai Tiada Dia akan mula disiarkan pada 21 Oktober, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot MegaDrama saluran Astro Ria (saluran 104). Juga boleh ditonton menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro GO, dan sooka.

Andai Tiada Dia

Episod: 36
Tarikh Tayangan: 21 Oktober 2024
Waktu Siaran: Isnin – Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria, Astro GO, sooka
Penulis Novel: Rissa Ahdiya
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Watak Pelakon
Hisyam Hamid sebagai Haikal
Ummi Nazeera sebagai Suri
Mimi Lana sebagai Intan
Zahiril Adzim sebagai Falah
Husna Mustaffa sebagai Erma
Lan Siro sebagai Ikhwan
Kodi Rasheed sebagai Rafiq
Mia Nasir sebagai Bainun
Auni Yusri sebagai Yasmin
Adam Malek sebagai Wafie Chamber
Rosnah Johari
Mas Anizan
Rahim Omar
Riz Amin
Zarynn Min
Lagu Tema (OST)
Lagu: Nurcinta
Artis: Amir Masdi
Penulis Lirik: Amir Masdi & Edry Abdul Halim
Komposer: Amir Masdi & Edry Abdul Halim

Sinopsis Andai Tiada Dia

Mengisahkan pasangan Suri (Ummi Nazeera) dan Haikal (Hisyam Hamid) yang sudah tujuh tahun mendirikan rumah tangga namun masih belum dikurniakan zuriat. Tertekan dengan situasi tersebut, Suri memohon izin daripada Haikal untuk melakukan rawatan IVF, namun Haikal tidak berminat kerana sudah bahagia dengan kehidupan mereka tanpa anak.
Namun, keadaan berubah apabila kematian Hisyam, adik kepada Haikal, meninggalkan seorang bayi yang masih kecil. Kehadiran bayi ini menyentuh hati Suri yang ingin menjadikannya sebagai anak angkat. Namun, kehadiran Intan (Mimi Lana), adik Suri, dalam kehidupan mereka mula merumitkan segalanya apabila Intan dan Haikal mula menjalinkan hubungan sulit, menambahkan lagi konflik dalam rumah tangga mereka.